Jauh

Sakit untuk aku menghabiskan 2010 dan bertemu dengan 2011. Diharapkan segala usaha 2010 akan mendatangkan hasil pada 2011, InsyaAllah. Kita pon baru saja melangkah masuk ke dalam tahun baru (mengikut kalendar Islam). Banyak azam dah dipasang. Kalau hanya terpasang tapi tak ada yang menyuluh untuk dinyalakan pon takda guna jugak. So, sendiri azam dan sendiri tahu lah macam mana nak melaksanakan dan melunaskan apa yang dikehendaki.

Aku pon baru saja menyelesaikan beberapa perkara yang dianggap besar sebelum melangkah ke tahun baru. Kerja n assigment pon banyak dah diselesaikan cuma tinggal yang saki baki iaitu yang tak dapat menandingi kemalasan aku. Shooting untuk bengkel produksi pon dah selesai. Iaitu 'Natasha' yang merupakan sekuen kepada Natalia. HAHA. Cam kelakar pon ada. Tak apalah. Tambah koleksi hasil karya. Yang sebenarnya aku lebih excited untuk melaksanakan projek PeTa pada tahun hadapan dan merupakan projek penilaian tahun akhir aku di ASWARA.

Sedar tak sedar aku pon dah nak melangkah ke semester akhir di ASWARA. Banyak yang aku target tahun hadapan. Habiskan belajar, cari duit, kerja, selesaikan permasalahan hidup, bercuti dan banyak lagi lah. Tak lupa juga untuk projek fotografi aku yang akan datang. Nantikan.

Post a Comment

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP