-ASWARA- Mek Mulung Photoshoot

Nantikan persembahan Mek Mulung yang akan berlangsung di Experimental Theatre (ET) Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) pada 23,24 Mei 2009.. Berikut merupakan sedikit paparan buat umum tentang sesi photoshoot yang dijalankan pada hari Isnin lalu. Kesemua adalah watak-watak yang akan menjayakan persembahan Mek Mulung pada sesi ini. Nantikan okay.....


Students of ASWARA, Degree in Film & Video
FULL of Happiness.....



















Mek Mulung oh Mek Mulung.........

Read more...

Zairiel Aryan









Aritu masa aku balik ke kampung, adela menerima panggilan dpd sepupu aku yg mengatakan akan mengadakan kenduri cukur jambul anaknya yg baru...so, sementara aku menghabiskan photoshoot Kugiran di UITM, Perlis di mana kengkawan aku dijemput sbg band jemputan. So, xdela aku balik melepak jer di kampung.Adela kije skit. Ok, kat atas nie adala sedikit tatapan buat korang semasa kenduri Cukur Jambul Zairiel Aryan yang berlangsung di Kangar, Perlis..
Enjoy ok....

Read more...

Kawen ...















Read more...

Contact me...

Read more...

Kenali kami...

Fotografi merupakan salah satu cabang kejaya yang dijadikan tempat mencari duit sepenuh masa pada zaman sekarang. Gambar berkualiti, cantik dan menarik minat orang ramai merupakan aset penting untuk berjaya dalam bidang ini. Oleh yang demikian, tidak hairanlah bidang fotografi amat diperlukan dalam satu bidang kerjaya akibat daripada minat orang pada zaman sekarang yang amat suka bergambar tidak kira untuk dijadikan kenangan ataupun simpanan. Disebabkan sindrom minat bergambar tidak kira dalam apa jua situasi yang menular dalam masyarakat kita, maka kami ‘MANIS PHOTOGRAPHY’, menubuhkan sebuah komuniti ataupun kumpulan yang menjalankan perkhidmatan bergambar untuk orang ramai.

Perniagaan yang kami jalankan ialah Perkhidmatan Fotografi kepada orang ramai. Kami memilih perkhidmatan ini adalah kerana pasarannya yang kurang diterokai oleh orang ramai dan sememangnya kami mempunyai kemahiran mengambil gambar dengan menggunakan kamera. Banyak faktor yang mempengaruhi untuk kami menerokai bidang ini dan menjadikan bidang ini sebagai langkah awal dalam memulakan perniagaan. Bagi kami, orang pada zaman sekarang amat gemar bergambar bagai satu hobi dalam hidup mereka untuk dijadikan kenangan, kegembiraan mahupun berkongsi pengalaman dengan teman-teman yang lain. Ada yang menjadikan media elektronik seperti satu tempat untuk berkongsi pengalaman dengan menunjukkan gambar-gambar yang diambil untuk dikongsi bersama. Jadi ini merupakan salah satu factor mengapa kami memilih fotografi sebagai perniagaan kami. Ramai orang ingin bergambar dan suka bergambar. Tetapi mereka semestinya mahukan gambar yang cantik untuk dijadikan simpanan mahupun kenangan. Dengan kemahiran dan pengalaman yang kami perolehi, kami mampu memuaskan kehendak golongan ini.

Sudah semestinya alam perkahwinan merupakan alam yang dinanti-nantikan oleh semua pasangan sebagai raja dan permaisuri sehari. Untuk dijadikan pengalaman alam perkahwinan itu, foto merupakan salah satu aset penting dalam hidup mereka bagi memperingati hari meraka diraikan. Oleh yang demikian, ini adalah salah satu faktor penting penyebab mengapa kami memilih fotografi sebagai satu langkah perniagaan awal kami.

Ramai orang menganggap bidang fotografi bukan satu bidang kerjaya tetapi itu sebenarnya adalah satu fakta yang amat terpesong bagi kami. Dengan kualiti yang dikeluarkan amat sesuai dengan kehendak orang pada masa kini, cukup memuaskan kehendak orang ramai, sudah tentunya ia memberi kepercayaan orang ramai terhadap hasil kerja yang dikeluarkan untuk jangka masa panjang.

Read more...

Kenali kami..

Manis Photography merupakan sebuah organisasi kecil yang menjalankan perkhidmatan fotografi khususnya. Mula ditubuhkan pada awal Februari 2009 dan kini menjadi sebuah organisasi yang dikenali oleh orang ramai. Perkhidmatan yang dijalankan bakal memberi kepuasan kepada pelanggan terutamanya dengan harga yang ditawarkan amat berpatutan serta dapat menghasilkan kualiti yang amat baik sekali. Dengan bermodalkan modal yang agak sedikit bagi memulakan perniagaan ini, kami bermula dari bawah dengan mengambil gambar perkahwinan dengan harga yang murah. Pengalaman yang kurang pada ketika ini menjadikan satu cabaran untuk kami bangkit menyaingi dengan orang lain yang sudah lama bertapak dalam bidang ini. Birapun orang lebih mengenali dan sudah nampak hasil kerja yang dikeluarkan oleh syarikat lain, namun kami cuba untuk memberi saingan dan cuba melebarkan sayap kami sebagai sebuah kumpulan kecil bagi menjadi setaraf dengan syarikat fotografi yang sedia ada dengan menyebarkan flyers serta memberitahu teman-teman rapat yang berkaitan dengan kelebihan yang kami tawarkan. Walaupun keuntungan yang diterima kami agak rendah berbanding dengan keuntungan yang diterima oleh syarikat di luar, kami sentiasa puas dengan kerja yang kami lakukan iaitu dapat memberi senyuman kepada pelanggan kami dengan memberi perkhidmatan yang terbaik, kualiti yang bagus serta gambar yang cantik berserta harga yang berpatutan. Dengan hasil yang dikeluarkan oleh kami, kami yakin kami mampu pergi lebih jauh di dalam bidang ini pada suatu hari nanti. Rancangan kami pada masa depan ialah dapan membina sebuah syarikat perniagaan yang menawarkan perkhidmatan seperti ini setaraf dengan syarikat fotografi besar dan terkenal yang lain.

Read more...

MANIS Wedding's Photojournalist

Read more...

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP