Kenali kami...

Fotografi merupakan salah satu cabang kejaya yang dijadikan tempat mencari duit sepenuh masa pada zaman sekarang. Gambar berkualiti, cantik dan menarik minat orang ramai merupakan aset penting untuk berjaya dalam bidang ini. Oleh yang demikian, tidak hairanlah bidang fotografi amat diperlukan dalam satu bidang kerjaya akibat daripada minat orang pada zaman sekarang yang amat suka bergambar tidak kira untuk dijadikan kenangan ataupun simpanan. Disebabkan sindrom minat bergambar tidak kira dalam apa jua situasi yang menular dalam masyarakat kita, maka kami ‘MANIS PHOTOGRAPHY’, menubuhkan sebuah komuniti ataupun kumpulan yang menjalankan perkhidmatan bergambar untuk orang ramai.

Perniagaan yang kami jalankan ialah Perkhidmatan Fotografi kepada orang ramai. Kami memilih perkhidmatan ini adalah kerana pasarannya yang kurang diterokai oleh orang ramai dan sememangnya kami mempunyai kemahiran mengambil gambar dengan menggunakan kamera. Banyak faktor yang mempengaruhi untuk kami menerokai bidang ini dan menjadikan bidang ini sebagai langkah awal dalam memulakan perniagaan. Bagi kami, orang pada zaman sekarang amat gemar bergambar bagai satu hobi dalam hidup mereka untuk dijadikan kenangan, kegembiraan mahupun berkongsi pengalaman dengan teman-teman yang lain. Ada yang menjadikan media elektronik seperti satu tempat untuk berkongsi pengalaman dengan menunjukkan gambar-gambar yang diambil untuk dikongsi bersama. Jadi ini merupakan salah satu factor mengapa kami memilih fotografi sebagai perniagaan kami. Ramai orang ingin bergambar dan suka bergambar. Tetapi mereka semestinya mahukan gambar yang cantik untuk dijadikan simpanan mahupun kenangan. Dengan kemahiran dan pengalaman yang kami perolehi, kami mampu memuaskan kehendak golongan ini.

Sudah semestinya alam perkahwinan merupakan alam yang dinanti-nantikan oleh semua pasangan sebagai raja dan permaisuri sehari. Untuk dijadikan pengalaman alam perkahwinan itu, foto merupakan salah satu aset penting dalam hidup mereka bagi memperingati hari meraka diraikan. Oleh yang demikian, ini adalah salah satu faktor penting penyebab mengapa kami memilih fotografi sebagai satu langkah perniagaan awal kami.

Ramai orang menganggap bidang fotografi bukan satu bidang kerjaya tetapi itu sebenarnya adalah satu fakta yang amat terpesong bagi kami. Dengan kualiti yang dikeluarkan amat sesuai dengan kehendak orang pada masa kini, cukup memuaskan kehendak orang ramai, sudah tentunya ia memberi kepercayaan orang ramai terhadap hasil kerja yang dikeluarkan untuk jangka masa panjang.

Post a Comment

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP