Kenali kami..

Manis Photography merupakan sebuah organisasi kecil yang menjalankan perkhidmatan fotografi khususnya. Mula ditubuhkan pada awal Februari 2009 dan kini menjadi sebuah organisasi yang dikenali oleh orang ramai. Perkhidmatan yang dijalankan bakal memberi kepuasan kepada pelanggan terutamanya dengan harga yang ditawarkan amat berpatutan serta dapat menghasilkan kualiti yang amat baik sekali. Dengan bermodalkan modal yang agak sedikit bagi memulakan perniagaan ini, kami bermula dari bawah dengan mengambil gambar perkahwinan dengan harga yang murah. Pengalaman yang kurang pada ketika ini menjadikan satu cabaran untuk kami bangkit menyaingi dengan orang lain yang sudah lama bertapak dalam bidang ini. Birapun orang lebih mengenali dan sudah nampak hasil kerja yang dikeluarkan oleh syarikat lain, namun kami cuba untuk memberi saingan dan cuba melebarkan sayap kami sebagai sebuah kumpulan kecil bagi menjadi setaraf dengan syarikat fotografi yang sedia ada dengan menyebarkan flyers serta memberitahu teman-teman rapat yang berkaitan dengan kelebihan yang kami tawarkan. Walaupun keuntungan yang diterima kami agak rendah berbanding dengan keuntungan yang diterima oleh syarikat di luar, kami sentiasa puas dengan kerja yang kami lakukan iaitu dapat memberi senyuman kepada pelanggan kami dengan memberi perkhidmatan yang terbaik, kualiti yang bagus serta gambar yang cantik berserta harga yang berpatutan. Dengan hasil yang dikeluarkan oleh kami, kami yakin kami mampu pergi lebih jauh di dalam bidang ini pada suatu hari nanti. Rancangan kami pada masa depan ialah dapan membina sebuah syarikat perniagaan yang menawarkan perkhidmatan seperti ini setaraf dengan syarikat fotografi besar dan terkenal yang lain.

Post a Comment

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP